U click me, I'll click u.

current mood :

im walking in the rain. i find myself trying to wash away the pain.

Sunday, November 9, 2008

cinta...

cinta itu fitrah, anugerah Allah kepada manusia. namun, setiap perbuatan perlu ada panduannya… berkasih-sayanglah demi Allah, agar bertambah kekuatan kalian untuk cinta kepada-Nya… merinduilah kerana Allah, agar kalian tidak lalai merindui syurga-Nya… Sahabat, Sebelum kau memilih untuk mencintai hamba-Nya, renunglah ke dalam hatimu… adakah selama ini kau benar-benar mencintai Tuhanmu? Cinta manusia memang indah sahabatku… namun, cinta Allah tak ternilai nikmatnya… Cuba kau renung, sahabatku, renungkan dirimu. Kerana cinta-Nya, maka lahirlah dikau di dunia ini…bernafas, berpijak di bumi ini, dan menikmati kurniaan Ilahi yang tak terkata indahnya… Kerana cinta Allah yang dititipkan kepada kedua ibubapamu, maka kau membesar menjadi seorang muslimah yang bermaruah… Kerana cinta Allah yang diutus kepada sahabat-sahabatmu, maka kau mempunyai teman yang berhemah untuk menikmati rahmat-Nya dalam hidup ini… Tidakkah kau sedar akan nikmat cinta dari Penciptamu? Namun kini, di mana hilangnya muslimah yang bermaruah itu? Adakah hanya kerana cinta palsu dari seorang lelaki, kau telah mengorbankan cinta Tuhanmu? MasyaAllah… bangunlah kamu dari lena ini… betapa hanya kerana seorang lelaki, kau menggadai maruahmu, kau menodai anugerah cinta yang diberikan Allah sebagai pelengkap hidupmu… kau rela mendekati zina hanya kerana terpedaya dengan nafsu… bangunlah sahabatku, bangunlah!!! Andai benar cintamu lahir dari hati yang tulus ikhlas kerana Allah, maka jauhkan dirimu dari fitnah dunia… berkahwinlah andai benar kalian mahu menyempurnakan agamamu dan bercintalah tanpa mengabaikan cinta kepada-Nya!

0 pembebel berjaya: