U click me, I'll click u.

current mood :

im walking in the rain. i find myself trying to wash away the pain.

Saturday, November 8, 2008

sekadar pembuka bicara..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua..

Aku, Fatin Dalila Shamsuddin atau nama panggilanku atien amat berterima kasih kepada semua kerana sudi menjenguk sebentar di laman aku yang tidak seberapa ini..

di sini aku dengan rase rendah dirinya ingin memulakan bicara.. sungguh aku begitu baru disini.. bukan kerana aku tidak ade kerja untuk dilakukan.. atau kerana saje ingin mencuba.. tapi kerana aku memang suka menulis.. zaman sekolah dulu aku menulis dengan pensil dan pen.. dibantu pemadam dan liquid.. serta disokong kuat oleh pembaris.. tapi sekarang? lihatlah oh dunia.. aku menulis tanpa dakwat..

sebelum aku blogger, aku selalu meluahkan kata-kata manisku dalam friendster dan myspace.. fikirku, biarlah hanya rakan-rakan kenalanku saje yang membaca keluhan luahan hati kecil ini.. tapi sekarang aku sudah tidak peduli.. bagiku kini semua tidak ada beza.. kerana kenalan friendster dan myspace, aku tidak kenal jua.. sungguh aku pelik mengape aku menggunakan bahasa melayu seperti ini..

ada kenalan tanye.. mengape aku menulis blog? ape yang aku tulis? ape yang memberi aku semangat serta dorongan untuk aku menulis..? sesungguhnya aku tidak ade jawapan khusus untuk semua soalan yang diutarakan itu.. apa yang aku tahu, aku ingin berkongsi dengan semua pengalaman yang aku lalui, kenangan yang aku kecapi serta perasaan aku ketika itu.. aku menulis dan aku membaca.. mungkin ramai teman yang ketawa bila aku cakap aku membaca.. kerana sesungguhnya aku ini seorang yanag pemalas.. tapi pecayalah, aku becakap ape yang benar..

sesungguhnya aku sudah kehabisan kata-kata.. sekian sahaja kata-kata aluan dari saya Fatin Dalila Shamsuddin.. akhir kata sambutlah salam sayang dari aku untuk kalian semua.. diharap kalian semua akan tehibur dengan kiriman a.k.a post yang bakal menyusul tidak lama lagi.. terima kasih..

1 pembebel berjaya:

atenzuppe said...

weh!
skema!!!